Rakyat Malaysia perlu lebih bersyukur - Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia perlu lebih bersyukur – Perdana Menteri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap sempena Majlis Penutup Program Madani Zon Selatan 2024 Setahun Ekonomi Madani di Dataran UTM, Skudai, Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Rakyat Malaysia perlu lebih bersyukur dengan pelbagai nikmat yang dinikmati di negara ini jika dibandingkan dengan negara-negara antarabangsa lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat gesaan itu kerana masih ramai pihak yang kurang bersyukur sebaliknya terus mencari kesalahan dan kelemahan dalam pentadbiran kerajaan.

“Kita telah umumkan kenaikan gaji penjawat awam semalam, semalam juga dimaklumkan pertumbuhan ekonomi suku kedua kita mencapai tahap 5.9 peratus. Naik gaji, ekonomi tumbuh, negara aman tetapi masih ramai tidak bersyukur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malahan ada yang menggesa saya menjadi Perdana Menteri Palestin dan bukan Perdana Menteri Malaysia kerana kita membantu seramai 127 pesakit Palestin dan waris mereka mendapatkan rawatan di negara ini.

“Tindakan itu pun dikeji sedangkan Malaysia adalah negara pertama di Asia yang melakukan perkara ini. Itupun kita dikeji, apakah sikap ini sebenarnya,” soalnya ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat Zon Selatan 2024 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Tambah Anwar, pihaknya sehingga kini masih menerima cercaan dan dakwaan yang mengatakan beliau adalah ejen Yahudi dan ejen Israel walaupun pendiriannya selama ini tegas bersama perjuangan rakyat Palestin.

“Orang cerca kita ejen yahudi, ejen Israel, bukan sahaja orang di kampung-kampung yang percaya tetapi ada juga segelintir penjawat awam yang percaya dengan dakwaan itu.

“Saya tiada masalah sekiranya ada pihak yang memberikan pandangan, kita akan terima tetapi pada akhirnya marilah kita sama-sama bersyukur bahawa negara kita aman dan kita mempunyai kemampuan untuk bantu rakyat negara yang berdepan dugaan dan peperangan.

“Oleh itu, kita perlulah bersyukur kepada Allah dengan semua nikmat yang ada ketika ini. Malaysia sedang berada pada landasan betul, rakyat bersatu padu, kerajaan kian utuh jadi janganlah sampai tidak reti untuk bersyukur langsung,” tambahnya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menempelak tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang terus menerus menyerang kerajaan Perpaduan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini