Israel sekat bantuan dari Rafah 100 hari berturut-turut - Utusan Malaysia

Israel sekat bantuan dari Rafah 100 hari berturut-turut

ORANG awam Palestin berpindah dari daerah timur Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza berikutan arahan pemindahan oleh tentera Israel pada 22 Julai 2024.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Israel menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan melalui sempadan Rafah selama 100 hari berturut-turut, mengakibatkan kematian lebih 1,000 kanak-kanak, pesakit dan mereka yang cedera.

Ketua Pejabat Media Gaza, Ismail Althwabta berkata, sekatan Israel terhadap bekalan perubatan, delegasi kesihatan dan semua bentuk bantuan daripada memasuki Gaza, memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di wilayah itu.

Beliau berkata, sekatan itu mengakibatkan lebih 1,000 kematian kerana kekurangan akses rawatan perubatan, sekali gus menjadi malapetaka kemanusiaan yang menjejaskan semua aspek kehidupan di Gaza.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekatan itu juga menghalang 25,000 pesakit dan mereka yang cedera daripada mendapatkan rawatan perubatan di luar negara, memburukkan lagi krisis kemanusiaan di wilayah terkepung,” katanya pada sidang akhbar, semalam.

Pegawai Palestin menyifatkan penutupan sempadan Rafah sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan menggesa masyarakat global untuk memberikan tekanan kepada Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat (AS) bagi membuka semula laluan serta membenarkan bantuan masuk ke Gaza.

Hampir 40,000 rakyat Palestin terbunuh sejak serangan Israel di Gaza pada Oktober tahun lalu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Wilayah Gaza semakin lumpuh di tengah sekatan bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan berikutan perang Israel selama lebih 10 bulan.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini