Bapa dihalang lawat anak punca berlaku pengabaian nafkah

Bapa dihalang lawat anak punca berlaku pengabaian nafkah

JAIDI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Halangan hak bapa melawat anak oleh bekas isteri selain faktor ekonomi menjadi antara punca berlakunya kes pengabaian nafkah terhadap isteri dan anak-anak di negeri ini.

Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah negeri, Jaidi Ahmad berkata, setiap tahun lebih 100 kes pengabaian nafkah terhadap isteri dan anak dilaporkan.

Malah menurut beliau, tunggakan nafkah pula ada yang mencecah sehingga RM43,000 direkodkan di negeri ini.

Kata beliau, pengabaian nafkah tersebut berlaku lazimnya akibat tindak balas lelaki berkenaan kepada bekas isterinya yang tidak membenarkan lawatan kepada anak.

“Apabila dihalang menyebabkan bekas suami juga tidak mahu menyumbang nafkah yang perlu diberikan kepada bekas isteri dan anaknya meskipun mereka sudah berpisah.

“Jadi, saya menasihatkan bekas isteri dan bekas suami kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab terutama suami dalam menyediakan nafkah kepada bekas isteri dan anak,” katanya ketika ditemui selepas ucapan perasmian seminar penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah (Nafkah) Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah negeri di sini, semalam.

Kata Jaidi, jika pertikaian berlarutan maka pihaknya akan memanggil kedua-dua pihak iaitu lelaki dan bekas isteri ke BSK untuk berunding.

“Pengabaian nafkah oleh bekas suami tidak akan selesai kerana lambat laun tunggakan berkenaan menjadi bebanan hutang yang harus dibayar oleh lelaki kepada bekas isteri dan anaknya.

“Alhamdulillah, ada sesetengah kes dapat kita selesaikan dan dalam rekod kita, purata lebih 100 kes pengabaian nafkah berlaku setiap tahun.

“Malah, kes terbaharu direkodkan membabitkan tuntutan sehingga RM43,000 bagi tiga jenis tuntutan nafkah yang tidak dilaksanakan oleh bekas suami selama enam tahun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×