Mahkamah Perlembagaan Thailand pecat Srettha

Mahkamah Perlembagaan pecat Srettha sebagai Perdana Menteri Thailand

SRETTHA Thavisin dipecat sebagai Perdana Menteri Thailand.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan Srettha Thavisin dipecat sebagai Perdana Menteri setelah didapati bersalah melanggar etika kerana melantik seseorang individu yang pernah disabit bersalah sebagai menteri.

Keputusan itu diputuskan dengan 5-4 dengan lima hakim menyokong aduan dikemukakan manakala empat menolak sekali gus Thailand perlu melantik Perdana Menteri yang baharu dalam tempoh 18 bulan selepas pilihan raya umum yang berlangsung pada Mei 2023.

Memetik laporan Thai PBS, ini sekali gus Srettha tersingkir sebagai Perdana Menteri Thailand ke-30.

Ini susulan Srettha dituduh melanggar peraturan etika dengan melantik Pichit Chuenban, seorang peguam yang rapat dengan keluarga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra sebagai menteri, beliau pernah disabitkan dengan hukuman penjara selama enam bulan pada tahun 2008 kerana kesalahan berkaitan rasuah.

Namun Pichit meletak jawatan sebagai menteri dalam usaha untuk melindungi Srettha tetapi Mahkamah Perlembagaan tetap bersetuju untuk mendengar kes terbabit, yang dimulakan oleh aduan daripada senator yang dilantik oleh tentera.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×