SAUDARA PENGARANG,
SUKAN Olimpik Paris 2024 yang berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos lalu ialah Sukan Olimpik pertama selepas pandemik Covid-19. Acara ini akan mengalu-alukan kehadiran orang ramai dan suasana yang lebih meriah dan rancak.
Seramai dua daripada tiga orang rakyat Malaysia berkata mereka berminat untuk mengikuti perkembangan Sukan Olimpik, dan nisbah ini lebih tinggi berbanding purata semua negara yang ditinjau (57 peratus). Tahap keterujaan yang sama didapati tinggi dalam kalangan negara Asia dan majoriti di semua negara berpendapat ia wajar diteruskan tanpa mengira keadaan ekonomi dunia mahupun peperangan.
Sukan Olimpik Paris bukan sekadar acara sukan untuk rakyat Malaysia. Lapan daripada 10 orang rakyat Malaysia melihatnya sebagai peluang untuk mengukuhkan perpaduan, sikap patriotik dan menjadi inspirasi untuk generasi akan datang agar menyertai acara sukan.
Sukan badminton khususnya, menduduki tempat yang istimewa di hati rakyat Malaysia. Kira-kira enam daripada 10 rakyat Malaysia berminat dengan badminton, jauh lebih tinggi daripada purata 33 buah negara yang ditinjau dan negara-negara lain.
Secara keseluruhannya, Sukan Olimpik Paris 2024 mempunyai impak yang positif dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Orang ramai teruja dengan acara ini dan ia tidak perlu direncatkan oleh peperangan yang sedang berlaku pada masa kini.-UTUSAN
ARUN MENON DAN ATTICUS POON
Ipsos Sdn. Bhd.










