Dipenjara tujuh hari curi dua helai baju

Dipenjara tujuh hari curi dua helai baju

AIMI Shairah Ismail (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam selepas menghadapi pertuduhan mencuri dua helai baju minggu lalu. – UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penunggang p-hailing dipenjara tujuh hari kerana mencuri dua helai baju di sebuah pusat beli-belah, minggu lalu.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas Aimi Shairah Ismail, 37, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Aimi Shairah didakwa telah melakukan curi dalam bangunan dua helai baju bernilai RM198 milik sebuah kedai.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di daerah ini kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 8 Ogos lalu.

Perbuatan itu disedari pe­ngawal keselamatan apabila tertuduh masuk ke sebuah kedai lain dalam keadaan mencurigakan dan gagal menunjukkan bukti resit pembelian.

Semakan lanjut mendapati tiada resit dikeluarkan bagi dua helai baju T jenama Ducati dan disahkan milik kedai berkenaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda dan bagi kesalahan kedua boleh dihukum penjara serta denda atau sebat.

Mahkamah kemudian me­ngarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tujuh hari bermula tarikh tangkapan iaitu 8 Ogos.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×