Gaza di ambang gelombang polio

Gaza di ambang gelombang polio

SEORANG kanak-kanak Palestin dirakam duduk di tengah jalan yang dipenuhi air kumbahan di Deir Al-Balah, tengah Gaza pada 23 Julai lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Lebih sejuta kanak-kanak di Gaza berdepan ancaman maut kerana terdedah kepada virus polio akibat peperangan sejak Oktober lalu dan sekiranya serangan tidak dihentikan dengan menyegerakan rancangan gencatan senjata api.

Kegagalan menghentikan peperangan boleh menyebabkan jumlah nyawa korban bertambah setelah Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS) kelmarin, mendedahkan konflik itu telah meragut nyawa 1.8 peratus populasi Gaza sejak Oktober lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan rancangan untuk menghantar 1.2 juta vaksin polio ke Gaza selepas virus itu dikesan dalam sampel air sisa yang diambil bulan lepas dari kem-kem pemindahan di wilayah utara Khan Younis dan Deir Al-Balah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kanak-kanak di bawah umur lima tahun terutama bayi, paling berisiko dijangkiti polio kerana ramai terlepas kempen vaksinasi yang biasa dijalankan di Gaza sebelum konflik bermula pada 7 Oktober tahun lalu.

Virus yang merebak melalui sentuhan dengan najis, air liur atau lendir hidung individu dijangkiti, menyerang saraf dalam saraf tunjang dan otak, menyebabkan kelumpuhan dalam hanya beberapa jam.

Ia juga boleh melumpuhkan otot dada, menyebabkan pesakit sukar bernafas dan berisiko membawa kepada kematian.

Kes poliovirus liar menurun lebih 99 peratus sejak 1988, daripada dianggarkan 350,000 kes di lebih 125 negara endemik kepada enam kes yang dilaporkan pada 2021.

Daripada tiga jenis polio liar, jenis 2 berjaya dihapuskan pada 1999 dan jenis 3 dihapuskan pada tahun 2020. 

Setakat 2022, jenis 1 endemik hanya kekal di dua negara iaitu Pakistan dan Afghanistan.

KEMPEN VAKSINASI

Di Gaza, kesesakan, kekurangan air bersih, sistem kesihatan yang semakin merosot dan kemusnahan loji sanitasi menyumbang kepada kemunculan semula poliovirus jenis 2.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sekurang-kurangnya 70 peratus loji air dan sanitasi Gaza, termasuk kemudahan rawatan air sisa dan stesen pengepaman kumbahan, rosak atau musnah sejak bermulanya konflik.

Jika gelombang polio gagal ditangani, jumlah kematian di Gaza mungkin berganda.

Pada akhir Julai, pihak berkuasa kesihatan Gaza mengisytiharkan wilayah itu sebagai ‘zon wabak polio’, menyalahkan kempen pengeboman Israel yang mendorong virus itu dan melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan.

Lebih daripada 490 serangan terhadap kemudahan dan kakitangan perubatan yang didokumentasi oleh PBB dalam tempoh enam bulan pertama konflik, menyebabkan sistem penjagaan kesihatan Gaza lumpuh.

Walaupun tiada kes klinikal polio didiagnosis setakat ini, Pengarah WHO Wilayah, Hanan Balkhy memberi amaran virus itu boleh merebak lebih jauh, termasuk merentasi sempadan, kecuali jika agensi bertindak cepat memberikan vaksin kepada penduduk.

Bagaimanapun, sebarang kempen imunisasi polio secara besar-besaran di Gaza yang menyasarkan 600,000 kanak-kanak bawah umur lapan tahun, akan berdepan pelbagai cabaran selagi tiada gencatan senjata dilaksanakan.

“Kami memerlukan gencatan senjata walaupun hanya sementara untuk melaksanakan kempen imunisasi ini,” katanya dalam taklimat, minggu lalu.

Perpindahan berterusan penduduk Gaza, turut menyukarkan agensi bantuan mengesan populasi yang terjejas bagi mengenal pasti kanak-kanak yang belum divaksin.

Pegawai WHO, Andrea King berkata, walaupun 1.2 juta vaksin yang dirancang berhasil dibawa masuk ke Gaza, ia kekal menjadi cabaran logistik untuk memastikan penggunaannya berjaya.

Sementara itu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan, gencatan senjata atau sekurang-kurangnya beberapa hari tanpa serangan adalah penting untuk melindungi kanak-kanak Gaza.

Sehingga 7 Julai lepas, WHO merekodkan lonjakan penyakit berjangkit termasuk sejuta kes jangkitan pernafasan akut, 577,000 cirit-birit akut, 107,000 sindrom jaundis akut dan 12,000 cirit-birit berdarah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini