Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang diterajui oleh kaunter utiliti, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.21 mata kepada 1,601.26 daripada 1,596.05 pada Jumaat lepas.

Indeks dibuka tinggi 2.48 mata kepada 1,598.53.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 264 berbanding 108, dengan 239 kaunter tidak berubah, 1,831 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 141.79 juta unit bernilai RM67.02 juta.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun FBM KLCI ditutup positif pada Jumaat lepas, indeks petunjuk pasaran berada di bawah paras psikologi pada 1,600 berikutan aktiviti pengambilan untung.

“Kami percaya aliran berita positif baru-baru ini terutamanya daripada Infineon dan pelaburan tambahan sebanyak RM30 bilion di Kulim akan menambah keyakinan terhadap
sektor teknologi negara.

“Hari ini, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,595-1,610,” katanya.

Di Bursa Malaysia, dalam kalangan saham wajaran tinggi, YTL Corporation, YTL Power International dan Sunway, masing-masing meningkat 6.0 sen kepada RM3.30, RM4.41 dan
RM4.12.

Tenaga menambah 8.0 sen kepada RM14.02 manakala CIMB dan IHH Healthcare, masing – masing naik 4.0 sen kepada RM7.34 dan RM6.26.

Kaunter aktif turut menyaksikan aliran meningkat apabila Cape EMS naik 1.5 sen kepada 53.5 sen, Techna-X menambah 1.0 sen kepada 18 sen manakala OCR, Ekovest dan Hubline, masing-masing meningkat setengah sen kepada 7.0 sen, 41 sen dan 9.0 sen.

Bintai Kinden merosot setengah sen kepada 11.5 sen.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×