KYIV: Ukraine mengaku melancarkan serangan ke wilayah Kursk di barat Russia sebagai tindak balas ke atas operasi dilakukan Moscow ke atas Kyiv selama ini.
Ia merupakan pendedahan terbaharu dibuat Ukraine selepas negara itu menerima pesawat pejuan F-16 oleh Amerika Syarikat (AS) dan menunggu lebih 29 bulan menunggu kehadiran aset tersebut selepas pencerobohan Russia.
Pengakuan dibuat Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky buat kali pertama ketika tenteranya sedang melancarkan serangan ke wilayah Kursk di barat Russia dalam satu ucapannya yang disiarkan di televisyen kelmarin tadi, lima hari selepas Kyiv dan Moscow berbalas serangan di sempadan sehingga memaksa puluhan ribu penduduk berpindah.
Dalam ucapannya, Zelensky mengucapkan terima kasih kepada tentera Ukraine selain mendedahkan beliau telah bertemu dengan Panglima Tentera Kanan negara itu, Oleksandr Syrsky bagi berbincang lebih lanjut tentang operasi ketenteraan terhadap wilayah Russia.
“Ukraine membuktikan bahawa kita boleh mengembalikan keadilan dan memastikan pihak lawan terus menerima tekanan,” tambahnya.
Tentera Ukraine dilaporkan berada sejauh 10 kilometer di wilayah Russia, kemaraan paling jauh sejak Moscow melancarkan serangan besar-besaran terhadap Kviy pada Februari 2022.
Dalam kejadian terbaharu serangan oleh Ukraine terhadap Moscow, sekurang-kurangnya 13 cedera dengan dua daripadanya parah di Kursk, Russia awal pagi ini.
Sementara itu di Ukraine awal pagi ini, serangan dilaporkan berlaku ibu negara Kyiv dan di wilayah Sumy.
Agensi berita Russia, Tass melaporkan, lebih 76,000 penduduk terpaksa berpindah dari kawasan sempadan ekoran konflik berkenaan. – AGENSI











