Filipina kecam tindakan provokatif China

Filipina kecam tindakan provokatif China

FERDINAND MARCOS JR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA:  Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. hari ini mengecam tindakan provokatif Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China yang melakukan gerakan berbahaya dan menjatuhkan suar di laluan pesawat tentera udara Filipina di Beting Scarborough di Laut Filipina Barat.

Marcos seperti satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) berkata, tindakan PLA itu menyalahi undang-undang terutamanya ketika Tentera Udara Filipina (PAF) melakukan penerbangan rutin di wilayah maritimnya.

“Kami bersusah payah cuba menenangkan keadaan, namun kini terdapat kebimbangan akan berlaku ketidakstabilan di ruang udara kami,” tambahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Marcos, Filipina akan kekal komited kepada diplomasi yang betul dan kaedah perdamaian untuk menyelesaikan pertikaian.

Beliau pada masa sama turut mendesak China menunjukkan yang Beijing mampu bertindak secara bertanggungjawab, baik di laut mahu pun di udara.

Menurut tentera Filipina, insiden melibatkan dua pesawat tentera China itu berlaku Khamis lalu di Beting Scarborough.

Ketua Angkatan Tentera Filipina, Romeo Brawner menyifatkan tindakan itu membahayakan anggota tenteranya dengan menyifatkan China mengganggu operasi penerbangan yang sah dan melanggar undang-undang antarabangsa.

PLA dalam reaksinya berhubung perkara itu berkata, pasukannya bertindak secara profesional dan mematuhi undang-undang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini