Australia dedah sekutu campur asing hal ehwal Canberra

Australia dedah sekutu campur asing hal ehwal Canberra

MIKE BURGESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY:  Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia (ASIO), Mike Burgess mendedahkan, pihaknya mengesan campur tangan asing di negara ini melibatkan beberapa buah negara termasuk sekutunya.

Burgess yang membuat pendedahan tu semasa muncul dalam program temu bual dengan penyiar awam ABC berkata, rakyat negara ini pasti terkejut jika identiti negara-negara berkenaan didedahkan.

“Ada sekurang-kurangnya tiga atau empat negara yang aktif terlibat dalam campur tangan asing di Australia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika kami sebut nama negara ini, penduduk Australia pasti terkejut kerana ada antaranya merupakan sekutu kami,” ujarnya.

Bagaimanapun, Burgess enggan menamakan negara terbabit selain mengesahkan dakwaan kerajaan tentang pembabitan Iran dalam campur tangan dalam hal ehwal Canberra.

Tahun lalu, Australia menamakan Iran sebagai negara asing yang mencampuri urusan negaranya dan pasukan perisikan Australia sudah membanteras individu berkaitan.

Burgess berkata, campur tangan asing, pengintipan dan keganasan bermotifkan politik adalah kebimbangan keselamatan utama Australia.

“Terdapat beberapa negara yang cuba mengancam dan menakut-nakutkan warga Australia yang tinggal di negara ini. Kami akan berusaha menanganinya dengan berkesan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini