KYIV: Russia melancarkan serangan udara ke atas ibu negara, Kyiv untuk melemahkan kubu pertahanan Ukraine, menurut Datuk Bandar dan Pegawai Pentadbiran Tentera negara itu.
“Unit pertahanan udara beroperasi, amaran serbuan udara diteruskan,” kata Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko menerusi aplikasi Telegram.
Russia lancar serangan udara ke atas ibu negara Ukraine, dakwa Datuk Bandar
“Unit pertahanan udara beroperasi, amaran serbuan udara diteruskan,” kata Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko menerusi aplikasi Telegram.
Menurut saksi kejadian kepada Reuters, mereka terdengar sekurang-kurangnya dua letupan dalam serangan udara tersebut.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada serangan itu menyebabkan sebarang kerosakan atau kecederaan.
Ketua Pentadbiran Tentera Kyiv, Serhiy Popko, berkata di Telegram bahawa ibu negara itu kekal di bawah ancaman peluru berpandu balistik Rusia.
Kyiv, wilayah sekitarnya dan seluruh timur Ukraine berada di bawah amaran serangan udara, kata tentera udara Ukraine di Telegram.-REUTERS











