Faisal Halim akhirnya beraksi bersama Selangor FC

Faisal Halim akhirnya beraksi bersama Selangor FC

PEMAIN sayap Selangor FC, Faisal Halim beraksi buat kali pertama selepas direhatkan selama tiga bulan akibat disimbah asid pada Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang Selangor FC, Ronnie Fernandez muncul wira pasukan apabila meledak dua gol ketika menewaskan Kelantan Darul Naim FC 2-0 dalam aksi liga di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Lebih manis lagi, kemenangan tersebut turut menyaksikan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim beraksi buat kali pertama selepas tiga bulan direhatkan akibat disimbah asid pada Mei lalu.

Jurulatih Selangor F, Nidzam Jamil memasukkan Faisal pada minit ke-87 selepas mengeluarkan Reziq Bani Hani sekali gus menceriakan kira-kira 8,000 penyokong yang hadir.

Walaupun dimasukkan pada lewat permainan namun kehadiran Faisal yang beraksi sambil memakai topeng memberi impak besar buat Selangor FC apabila semakin ghairah memburu gol.

Pada aksi tersebut, tuan rumah terpaksa menunggu hingga minit ke-65 untuk menembusi gawang lawan selepas berlaku situasi kelam-kabut dalam kotak penalti sebelum Fernandez merembat bola masuk ke dalam gawang.

Kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan corak permainan seimbang bagaimanapun tuan rumah dihadiahkan penalti pada minit ke-86 selepas pertahanan lawan melakukan kekasaran dan Fernandez tiada masalah untuk menyempurnakannya.

Faisal sebelum ini menghadapi kecederaan lecur tahap empat akibat serangan asid telah menjalani pembedahan empat kali dilihat telah bangkit apabila lincah beraksi bersama Selangor FC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×