Kerjasama politik BN-DAP ‘palsu’ - Sanusi

Kerjasama politik BN-DAP ‘palsu’ – Sanusi

MUHAMMAD Sanusi Md Nor merasmikan Tahun Melawat Kedah 2025 di Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa kerjasama politik antara parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan adalah ‘palsu’ semata-mata.

Menurutnya, ia dapat dilihat menerusi tindakan DAP tidak turun membantu kempen Barisan Nasional (BN) menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

“Saya tak perlu komen pun, benda tu semua orang boleh nampak dah. Semuanya memang palsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang seperti semua orang nampak, itulah dia. Memang palsu,” beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kedah 2025 di Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, kepimpinan tertinggi PN masih belum melakukan sebarang perbincangan berhubung pemilihan calon yang akan bertanding bagi mengisi kekosongan DUN PRK Mahkota, Johor.

“Setakat ini kami masih belum melakukan apa-apa perbincangan dan masih menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh bagi melaksanakan pilihan raya.

“Allahyarham (Datuk Sharifah Azizah Syed Zain) baru meninggal dunia, jadi kita kena hormat dan bagi masa dulu,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN