Perdana Menteri Jepun terpaksa batal lawatan luar negara

Kemungkinan gempa bumi, Perdana Menteri Jepun terpaksa batal lawatan luar negara

PERDANA Menteri Jepun, Fumio Kishida. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida terpaksa membatalkan lawatan ke Asia Tengah selepas pakar saintis di negara tersebut memberi amaran bahawa negara matahari terbit tersebut perlu bersedia menghadapi kemungkinan gempa bumi berskala besar dalam masa terdekat.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan nasihat itu selepas lapan orang cedera akibat gempa bumi bermagnitud 7.1 berlaku di selatan Jepun.

Sebelum ini, Kishida dilaporkan bakal mengadakan lawatan ke Kazakhstan, Uzbekistan dan Mongolia di samping bersedia untuk menghadiri sidang kemuncak serantau.

“Sebagai Perdana Menteri yang mempunyai tanggungjawab tertinggi untuk pengurusan krisis, saya memutuskan untuk tidak meninggalkan Jepun sekurang-kurangnya seminggu,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya lagi, orang ramai mesti berasa sangat cemas selepas JMA mengeluarkan nasihat pertamanya di bawah sistem baharu yang disediakan berikutan gempa bumi besar berukuran 9.0 pada 2011 yang mencetuskan tsunami dan bencana nuklear.

 Sementara itu, JMA dalam satu kenyataan berkata, kemungkinan gempa bumi besar bakal berlaku dan lebih tinggi dari sebelum ini.

“Kemungkinan gempa bumi besar baharu lebih tinggi berbanding kebiasaannya, tetapi ini bukan petunjuk bahawa gempa bumi besar pasti akan berlaku,” kata JMA.

Sebelum ini, kerajaan berkata sebanyak 70 peratus kebarangkalian Jepun bakal mengalami gempa bumi terbesar dalam tempoh 30 tahun akan datang di mana gempa bumi ini juga boleh menjejaskan sebahagian besar pantai Pasifik Jepun dan mengancam kira-kira 300,000 nyawa dalam senario terburuk, demikian menurut pakar.

“Walaupun ramalan gempa bumi adalah mustahil, namun kejadian gempa bumi biasanya meningkatkan kemungkinan gempa yang lain,” kata pakar dari Earthquake Insights.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×