Bila perlu kaunseling?

Bila perlu kaunseling?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN 

SAYA selalu terbaca mengenai kaunseling. Boleh terangkan apa maksud kaunseling dan bagaimana caranya untuk saya tahu sama ada saya perlukan sesi kaunseling atau tidak untuk sesuatu masalah saya hadapi? 

-Yang keliru.

 

JAWAPAN 

Kaunseling adalah proses interaksi antara seorang kaunselor terlatih dengan individu yang memerlukan bantuan dalam memahami dan menyelesaikan masalah peribadi, emosi, atau sosial. 

Ia bertujuan membantu individu mencapai kesejahteraan mental dan emosi yang lebih baik, serta meningkatkan kemampuan untuk menangani cabaran hidup dengan lebih berkesan.

 

Tanda anda perlu kaunseling: 

-Perasaan tekanan dan kebimbangan berpanjangan hingga mengganggu rutin harian. 

-Sukar mengendalikan emosi yang menyebabkan anda cepat rasa sedih, marah, cemas dan sukar mengawal emosi tersebut. 

-Penurunan prestasi di tempat kerja atau sekolah. 

-Perubahan mood mendadak. Hilang minat dengan rutin yang menjadi kebiasaan yang dilakukan. 

-Menghadapi kesukaran dalam sesuatu perhubungan dengan pasangan, rakan atau keluarga.

-Masalah kesihatan yang tidak diketahui punca daripada segi kesihatan. 

-Penyalahgunaan bahan kerana kebergantungan kepada barang terhalang yang merosakkan diri. 

 

Langkah-langkah mengetahui jika anda perlukan sesi kaunseling: 

-Berkomunikasi dengan orang terdekat dapat membantu mengenalpasti emosi dirasai. 

-Refleksi diri dengan meluangkan masa bersendirian. 

-Kenalpasti permasalahan yang mengganggu kehidupan dan kesejahteraan diri. 

-Membuat penilaian sejauh mana permasalahan dihadapi, mengganggu prestasi hidup anda.

-Berunding dengan pakar. Jika tidak pasti dengan keadaan diri, anda boleh rujuk individu yang pakar dalam bidang kesihatan mental seperti doktor atau psikologi, untuk mendapatkan penilaian awal. 

-Mencari bahan bacaan mengenai kaunseling untuk mengenal pasti simptom atau situasi yang memerlukan anda mendapatkan bantu kaunselor. 

 

Manfaat: 

a)Penjelasan masalah – Bantu memahami masalah dengan lebih jelas. 

b)Menyediakan alat dan teknik – Memberikan alat dan teknik untuk mengatasi masalah dan tekanan anda hadapi. 

c)Sokongan emosi – Menyediakan sokongan emosi yang stabil dan tidak menghukum anda.

d)Peningkatan kesedaran diri – Meningkatkan kesedaran diri dan membantu mengenali pola tingkah laku anda yang negatif. 

 

Sekiranya tanda ini sesuai dengan situasi anda alami dan sukar untuk atasi secara bersendirian, dapatkan perkhidmatan kaunseling bagi memastikan kesejahteraan dan hidup harmoni

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×