Pas ‘ajak’ DAP turun bantu kempen BN

PRK DUN Nenggiri: Pas ‘ajak’ DAP turun bantu kempen BN

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pas mengajak DAP turun ke Nenggiri membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) yang bertan­ding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man secara sinis berkata, penduduk di Su­ngai Terah mahu melihat raut wajah DAP.

“DAP ini tiada semangat setiakawan. Kawan tengah susah ketika ini maghi (datang) pun tidak.

“Pasal apa tak maghi (datang),” katanya semasa berceramah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Sungai Terah, di sini, semalam.

Terdahulu, DAP dilaporkan tidak menerima undangan daripada BN untuk berkempen membantu mereka pada PRK berkenaan.

Setiausaha DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, mereka akan turun membantu BN berkempen sekiranya dijemput.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Maslan berkata, keperluan DAP turun berkempen membantu calon BN pada PRK Nenggiri tidak terlalu mendesak, memandangkan majoriti pengundi di kawasan tersebut terdiri daripada Melayu.

Menurutnya, DUN Nenggiri hanya mempunyai 35 orang pengundi Cina.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, secara umumnya kepimpinan tertinggi Pas berpuas hati dengan gerak kerja jentera parti itu.
Katanya, segala gerak kerja berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Setiap gerak kerja jentera dipantau oleh pimpinan tertinggi parti, pada masa sama kita turut turun ziarah jentera yang sedang bertugas,” ujarnya.

Tuan Ibrahim berharap, gerak kerja jentera dapat membantu meningkatkan peratusan keluar mengundi seterus memastikan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menggunakan logo Pas menang dengan majoriti lebih tinggi.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) lalu menyaksikan calon Bersatu Mohd. Azizi Abu Naim menang dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN Ab. Aziz Yusoff. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×