Win Son cenderung lakukan salah laku seksual - Kumar - Utusan Malaysia

Win Son cenderung lakukan salah laku seksual – Kumar

LEANG WIN SON yang didakwa menculik Albertine cenderung melakukan salah laku seksual.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU :Tindakan suspek utama penculikan Albertine Leo Jia Hui dipercayai mempunyai kecenderungan untuk melakukan salah laku seks terhadap kanak-kanak itu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, penculikan kanak-kanak itu bukan dilakukan secara rawak oleh suspek, Leang Win Son pada hari kejadian.

Katanya, lelaki berusia 31 tahun itu turut merancang melarikan kanak-kanak terbabit ke sebuah hotel bajet di Batang Kali, Selangor bulan lalu.

“Kita percaya suspek yang merupakan penganggur itu telah memerhatikan pergerakan kanak-kanak itu (semasa Festival Bon Odori di Eco Galleria) terlebih dahulu.

“Motif suspek bertindak demikian disyaki mempunyai kecenderungan salah laku seks terhadap kanak-kanak. Berdasarkan rampasan yang dilakukan di rumah suspek turut menyokong dia mempunyai nafsu (desires) ke arah itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Hari ini, Win Son berdepan dengan lapan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pagi tadi termasuk menculik, mengurung dan melakukan amang seksual serta memiliki bahan lucah, bulan lalu.

Lelaki itu turut dihadapkan ke Mahkamah Kulai dan berdepan tujuh pertuduhan kerana memiliki bahan lucah termasuk bantal panjang bergambar kanak-kanak wanita bogel, bantal panjang bergambar kanak-kanak berseluar pendek dan alat sulit palsu wanita.

Kumar berkata, pihak polis tidak dapat mengesahkan suspek adalah pedofilia kerana perkara itu hanya dapat disahkan oleh pegawai perubatan.

Suspek yang merupakan anak tunggal itu dan disara oleh ibunya dipercayai bertindak seorang diri ketika menculik kanak-kanak itu.

“Semakan yang dibuat mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau, bahkan kita tidak menerima laporan lain terhadapnya sama ada pernah melakukan salah laku seks sebelum ini. Suspek yang bertindak melarikan mangsa ke Selangor bukanlah kerana dia panik setelah diburu polis tetapi memang sudah dirancang,” katanya. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×