ANTARA genre paling popular dalam fotografiadalah fotografi fesyen kerana ia mempunyai pelbagai pengertian. Jurufoto fesyen terkenal, Ira Giorgetti, menyifatkan fotografi fesyen sebagai gambar yang bebas daripada sekatan kreatif.
Menurutnya, apa sahaja subjek yang melibatkan pakaian, aksesori dan solekan yang mempunyai nilai kecantikan adalah fotografifesyen.
Sebaliknya, jurugambar Flo Ngala mentakrifkan fotografi fesyen sebagai gabungan produk, potret dan seni halus. Baginya, fotografi fesyen adalah cara jurufoto menggunakan mata dan perspektif mereka sendiri untuk menyoroti elemenelemen yang mempengaruhi gaya hidup.

Ia sebagai medium visual yang membantu jenama pakaian dan perhiasan mempamerkan produk dan menceritakan kisah mereka dengan cara lebih menarik berbanding teks.
Gambar yang teliti dihasilkan, membolehkan pengguna meresapi dunia yang dicipta oleh jenama, seterusnya merasai karakter dan energinya.

Melalui gambar, jurugambar mampu menyampaikan emosi, menceritakan kisah dan mencipta hubungan antara penonton dan subjek. Naratif visual ini sangat berkesan dalam industri fesyen, di mana daya tarikan estetik memainkan peranan penting.
Fotografifesyen turut membawa gaya hidup kepada kehidupan, menjadikannya lebih mudah untuk dihubungkan, diingini, dan akhirnya lebih berpengaruh. Tambahan pula, fotogra memainkan peranan penting dalam penjenamaan dan pemasaran fesyen.

Justeru seorang jurufoto fesyen haruslah menggunakan mata dan perspektif unik mereka untuk mencipta naratif visual memukau.
Jurufoto bertanggungjawab menumpukan kemahiran fotografimereka khususnya pada gaya pakaian dan imej peribadi agar gambar yang dihasilkan dapat didedikasikan untuk mendokumentasikan pakaian, aksesori dan produk kecantikan yang bertujuan untuk mempamerkan keindahan barang tersebut dan kemahiran perekanya, sambil menarik pembeli membeli produk-produk tersebut.










