UK gantung sementara lesen eksport senjata ke Israel

UK gantung sementara lesen eksport senjata ke Israel

PENUNJUK perasaan pro-Palestin membawa sepanduk mendesak UK menghentikan eksport senjata ke Israel semasa demonstrasi di London.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penjawat awam di United Kingdom (UK) menggantung pemprosesan lesen eksport senjata ke Israel sementara menunggu semakan kerajaan mengenai isu itu selesai.

Pengeksport yang memohon lesen penjualan senjata dilaporkan menerima mesej daripada Jabatan Perniagaan dan Perdagangan, memaklumkan permohonan digantung sementara menunggu semakan.

Sumber Whitehall menegaskan, keputusan itu tidak mewakili perubahan dalam dasar dan mungkin sekadar prosedur pentadbiran, lapor The Guardian.

Setakat ini, tiada tarikh yang ditetapkan untuk menyelesaikan semakan risiko penjualan senjata kepada Israel susulan dakwaan pelanggaran undang-undang kemanusiaan dalam konflik Gaza.

Semakan itu dibuat lebih kompleks kerana keinginan menteri untuk membezakan antara senjata yang dijual kepada Israel bagi tujuan pertahanan atau untuk serangan terhadap Gaza.

Sumber kerajaan berkata, proses itu mengambil masa kerana menteri perlu memastikan sebarang keputusan untuk menggantung adalah sah dari segi perundangan dan mematuhi undang-undang pelesenan eksport senjata.

Dalam tempoh 7 Oktober tahun lepas hingga Jun lalu, UK memberikan 108 lesen eksport senjata kepada Israel.

20 syarikat diberikan lesen eksport individu kepada Israel dari tarikh yang sama hingga Mei lepas, menurut badan amal, Christian Aid.

Ketua Dasar Organisasi Timur Tengah, William Bell berkata, satu-satunya cara untuk memastikan senjata yang dijual kepada Israel tidak digunakan untuk melanggar hak asasi manusia adalah melalui larangan hitam putih.

“Itulah yang sepatutnya kerajaan baharu ini lakukan. Tiada syarat atau pengecualian.

“Sejujurnya, sangat menjijikkan bagi mana-mana syarikat yang mengaut keuntungan daripada perang ini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×