Amanah, UMNO tidak berebut DUN Mahkota - Utusan Malaysia

Amanah, UMNO tidak berebut DUN Mahkota

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika hadir pada Program Pemantauan Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan Dan Kenderaan Perkhidmatan Awam di Stesen Penguatkuasa Gombak di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Tiada perebutan antara Amanah dan UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor, menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Anthony berkata, ia disebabkan pendirian gabungan itu berdasarkan prinsip parti yang menyandang kerusi berkenaan dalam pilihan raya sebelum ini.

“Tiada perebutan babitkan Amanah dan UMNO. Ini perbincangan. Biasalah… perkara biasa. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tapi kita sudah nyatakan pendirian kita (berdasarkan kepada prinsip parti yang menyandang),” katanya kepada pemberita. 

Anthony berkata demikian ketika sidang media Program Pemantauan Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Kenderaan Perkhidmatan Awam di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Gombak, Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu, Amanah Kluang mendesak supaya parti itu diberi peluang bertanding pada PRK DUN Mahkota yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Ketua Amanah Kluang, Dr. Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, ia berikutan parti berkenaan pernah memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan turut bertanding kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022.

Susulan itu, Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambrose dilapor menyifatkan tindakan Amanah menuntut kerusi DUN Mahkota, sebagai tamak dan terburu-buru.

“Amanah dilihat tidak menghormati sensitiviti keluarga dan waris kepada penyandang kerusi sebelum ini, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang baru meninggal dunia,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini