Hampir 40,000 rakyat Palestin ‘terkorban’ akibat kezaliman

Hampir 40,000 rakyat Palestin ‘terkorban’ akibat kezaliman dalam 10 bulan

SERANGAN berterusan rejim Israel di Gaza sejak Oktober tahun lalu menyaksikan ramai kanak-kanak Palestin di Semenanjung itu terbunuh dan mengalami kecederaan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sebanyak 39,583 rakyat Palestin maut akibat serangan tentera rejim zionis Israel dalam tempoh 10 bulan sejak konflik berdarah tercetus bermula 7 Oktober 2023.

Palestin maut akibat serangan tentera rejim zionis Israel dalam tempoh 10 bulan sejak konflik berdarah tercetus bermula 7 Oktober 2023.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, jumlah mangsa ce­dera meningkat kepada 91,938 orang dengan kebanyakkan melibatkan dalam kalangan kanak-kanak.

Jumlah itu termasuk 33 kematian dalam masa 24 jam, menurut angka rasmi dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Menurut laporan Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), data itu tidak termasuk banyak mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan atau jalan-raya kerana rejim menghalang bantuan kecemasan.

Dalam pada itu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) memaklumkan, 60 peratus kediaman manakala 80 peratus bangunan komersial musnah akibat serangan bertalu-talu Israel terhadap Gaza.

Malah lapor agensi sama, 85 peratus sekolah musnah di samping 65 peratus jalan raya hancur akibat dibedil bom.

Kelmarin, Al-Jazeera melaporkan 30 orang terbunuh dalam serangan rejim zionis ke atas dua sekolah yang dikelolakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di selatan Gaza.

Menurut Pertahanan Awam Palestin di Gaza, sebanyak 80 peratus mangsa dibunuh dan cedera dalam serangan ke atas sekolah Hassan Salama dan Al-Nasr merupakan kanak-kanak.

Sekolah tersebut dijadikan sebagai tempat perlindungan penduduk Palestin telah me­ngalami kerosakan teruk akibat pengeboman tersebut.

Ini merupakan antara senario sama dilihat sejak beberapa hari lalu apabila terdapat zionis masih melakukan serangan ke atas kem pelarian dan paling membimbangkan ialah tentera rejim tidak memberi sebarang amaran awal kepada mangsa di pusat pemindahan tersebut.

Kebanyakan bangunan yang digunakan sebagai tempat perlindungan di Gaza ialah sekolah kerana ia adalah satu-satunya ruang besar yang ada serta boleh menempatkan ramai orang.

Sebelum ini, tentera rejim zionis mengebom sebuah sekolah di kejiranan Sheikh Radwan, Gaza dan mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang yang berlindung di dalam sekolah terbabit.

Tentera rejim Zionis mendakwa sekolah itu digunakan oleh pejuang Hamas sebagai tempat bersembunyi disamping digunakan sebagai markas operasi bagi merancang dan melaksanakan serangan walaupun tiada bukti kukuh yang menyokong dakwaan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×