Ceccon tidur di taman, bilik panas di perkampungan sukan

Ceccon tidur di taman, bilik panas di perkampungan sukan

THOMAS CECCON - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pemenang pingat emas Olimpik 2024, Thomas Ceccon, terpaksa tidur di taman kerana tidak tahan dengan keadaan bilik di Perkampungan Sukan, Paris.

Perenang Itali yang memenangi acara 100 meter kuak lentang minggu lalu mendakwa, sukar untuk tidur di bilik yang disediakan penganjur kerana terlalu panas.

“Tiada pendingin hawa di perkampungan sukan, ia panas, dan makanannya tidak selesa. Ia realiti yang tidak semua orang tahu.

“Di rumah, saya selalu tidur di waktu tengahari, di sini amat sukar kerana keadaan panas dan bising,” kata Ceccon.

Ceccon, yang sebelum ini tular kerana kekacakannya, sekali lagi menarik perhatian peminat apabila gambarnya tidur di atas rumput tular di media sosial.

Atlet Arab Saudi, Husein Alireza, melihat Ceccon tidur di taman dan memuat naik gambar tersebut di Instagram.

Bekas perenang Olimpik, James Magnussen, turut mengkritik Perkampungan Sukan di Paris yang didakwanya terlalu ‘mesra alam’ sehingga menyukarkan atlet untuk berehat dengan selesa.

Magnussen, yang memenangi emas, perak dan gangsa di Olimpik 2012 dan 2016 sebelum bersara pada tahun 2019, menyatakan bahawa perkampungan sukan Olimpik Paris yang mengutamakan mentaliti mesra alam dan pemakanan vegetarian menjejaskan persembahan atlet.

“Ada beberapa faktor yang menyukarkan keadaan di perkampungan sukan. Katil kadbod membuatkan tidur anda terganggu. Tiada pendingin hawa di bilik juga memberikan kesan sehingga pasukan Australia terpaksa membawa masuk pendingin hawa mudah alih mereka sendiri,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×