Wanita Nigeria mangsa eksploitasi seks diselamatkan Bukit Aman

Wanita Nigeria mangsa eksploitasi seks diselamatkan Bukit Aman

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd. Zain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Nigeria yang  disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks diselamatkan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selepas tiga pusat hiburan di Jalan Changkat diserbu malam tadi.

Menerusi serbuan Op Pintas Wakanda yang turut disertai Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri turut memeriksa sebuah premis di Sri Hartamas, di sini.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dalam  operasi bermula pada pukul 1.30 pagi itu, pihaknya turut menahan 39 warga Afrika serta dua Pakistan.

“Mereka yang berusia 25 hingga 56 tahun disiasat dan untuk   tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63. 

“Kesemua tangkapan termasuk 11 wanita itu membabitkan warga Tanzania, Nigeria, Uganda, Sierra Leone serta Pakistan,” katanya di sini.

Kata Mohd Shuhaily, tiga warga Nigeria termasuk seorang wanita disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Atipsom 2007. 

Tambah beliau, tangkapan masing-masing dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan IPD Brickfields untuk siasatan lanjut.

Dalam operasi sama, seorang lelaki bertindak agresif apabila berang teman wanitanya yang juga warga Nigeria ditahan pihak berkuasa.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×