Mohd. Shuhaily, Ayob Khan sebak berpeluk selepas paluan berundur

Mohd. Shuhaily, Ayob Khan sebak berpeluk selepas paluan berundur

AYOB Khan Mydin Pitchay (tengah) bersama pasukan Unit Tindak Khas (UTK) sebagai tanda simbolik persaraan beliau bermula esok di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dilihat menanti di luar pintu masuk utama Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini ketika perbarisan paluan berundur Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, petang tadi.

Terdahulu, Ayob Khan bergambar bersama pasukan Unit Tindak Khas (UTK) sebagai tanda simbolik persaraan beliau bermula esok.

Kemudian, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dilihat menghampiri Ayob Khan sebelum memeluk erat beliau dan kedua-duanya kelihatan sebak.

Mohd. Shuhaily kemudian turut memeluk Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dan bersalaman bersama pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seusai selesai, Mohd Shuhaily yang menaiki motosikal berkuasa tinggi kemudian mengiring konvoi Ayob Khan keluar dari Pulapol Kuala Lumpur.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN