Pelajar KKSY lukis mural rai hari air sedunia - Utusan Malaysia

Pelajar KKSY lukis mural rai hari air sedunia

Pelajar bersama pensyarah Sijil Rekabentuk Dalaman Kolej Komuniti Selayang yang terlibat untuk lukisan mural di Gombak baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelajar Sijil Rekabentuk Dalaman (SRD) dan Sijil Pastri (SPT), Kolej Komuniti Selayang (KKSY) memilih gotong royong menceriakan sungai dan melukis mural sebagai menyambut Hari Air Sedunia Peringkat Daerah Gombak baru-baru ini.

Dalam menjayakan program itu, pelajar SRD bertungkus-lumus mengerah tenaga dan idea dalam mencantikkan persekitaran awam.

Ia melalui lukisan mural yang akan menjadi tarikan di Taman Rekreasi Sungai Jinjang, Bukit Lagong. Kerja-kerja melakar, melukis dan mewarna bermula 26 Mac lalu.

Sementara itu, seramai 20 pelajar SPT bersama-sama dengan warga JPS bergotong-royong membersihkan kawasan taman rekreasi dalam usaha menggalakkan aktiviti ‘Jom Turun Sungai’ bagi komuniti setempat.

Persekitaran bersih nyata memberi galakan kepada pengunjung beriadah di taman rekreasi ini.

Selain memberi galakan menghargai air, program itu dapat membantu menambah-baik kemahiran pelajar dalam menghasilkan karya kreatif yang bertaraf tinggi, berinovasi menghasilkan produk harian dan kemahiran berkomunikasi.

Program anjuran bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Gombak itu bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai krisis air dan kepentingan air dalam kehidupan seharian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×