Korea Utara mahu buka semula rundingan nuklear dengan AS

Korea Utara mahu buka semula rundingan nuklear dengan AS

PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong Un (tengah) memantau latihan serangan balas nuklear secara maya dengan 'roket artileri' di lokasi yang tidak didedahkan di Korea Utara.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara mahu membuka semula rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat (AS) jika Donald Trump dipilih kembali sebagai Presiden.

Perkara itu didedahkan diplomat Korea Utara berpangkat tinggi, Ri Il Kyu, yang berpaling tadah ke Selatan sejak 2016, dalam wawancaranya bersama Reuters.

Ri berkata, Korea Utara menetapkan Russia, AS dan Jepun sebagai keutamaan dasar luar negara untuk tahun 2024 dan seterusnya.

Sambil mengukuhkan hubungan dengan Russia, Pyongyang berminat untuk membuka semula rundingan nuklear jika Trump memenangi pemilihan semula pada November ini, katanya.

Beliau mendakwa, diplomat Pyongyang sedang merangka strategi untuk senario itu, dengan matlamat menarik balik sekatan terhadap program senjata, menghapuskan penyenaraiannya sebagai penaja keganasan dan mendapatkan bantuan ekonomi.

Dakwaan itu menunjukkan kemungkinan perubahan mendadak terhadap pendirian semasa Korea Utara yang sebelum ini menolak dialog dengan AS dan memberi amaran mengenai konfrontasi bersenjata.

Sidang kemuncak antara pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan Trump di Vietnam pada 2019, gagal disebabkan oleh isu sekatan.

Ri menyalahkan keputusan Kim untuk mempercayakan komander tentera yang tidak berpengalaman dan berpengetahuan dengan diplomasi nuklear.

“Kim Jong Un tidak banyak tahu mengenai hubungan antarabangsa dan diplomasi, atau bagaimana membuat penilaian strategik.

“Kali ini, Kementerian Luar Negara pasti akan memperoleh kuasa dan memegang tanggungjawab serta tidak mudah bagi Trump untuk mengikat tangan dan kaki Korea Utara selama empat tahun tanpa memberikan apa-apa,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×