Bukan untuk takutkan pemandu Singapura

Bukan untuk takutkan pemandu Singapura

SEORANG petugas menampal pelekat Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) pada kenderaan Singapura setelah membuat pendaftaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) di Danga Bay, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penguatkuasaan sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) bermula 1 Oktober ini bukan untuk menakut-nakutkan pemandu Singapura daripada memasuki negara ini.

Sebaliknya kata Menteri Pe­ngangkutan, Anthony Loke Siew Fook, penguatkuasaan VEP bagi memastikan setiap kenderaan asing yang memasuki negara ini berdaftar.

“Kita bukan hendak takutkan mereka (warga Singapura) kerana kita memang galakkan mereka masuk Malaysia dan berbelanja di sini, namun perlu ikut peratura tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mahu guna sistem ini untuk pastikan maklumat setiap kenderaan yang memasuki Malaysia. Kita juga dapat tahu sama ada kenderaan itu memiliki saman tertunggak di negara ini atau sebaliknya, itu matlamat kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau operasi Pusat Kutipan VEP (VCC) di Danga Bay, di sini, semalam.

Siew Fook berkata, kementeriannya menyasarkan sehingga 100,000 kenderaan berpendaftaran Singapura yang memasuki negara ini mendaftar VEP menjelang 1 Oktober ini.

Katanya, sejak pengumuman penguatkuasaan sistem itu pada Mei lalu, sebanyak 58,791 permohonan baharu diterima sehingga kelmarin.

“Sejumlah 19,640 permohonan diselesaikan, 11,435 permohonan sedang dalam proses manakala 24,104 permohonan atau kira-kira 40 peratus gagal kerana dokumen tidak lengkap. Kita jangka terima 50,000 lagi permohonan baharu dalam tempoh dua bulan terakhir sebelum penguatkuasaan VEP bermula 1 Oktober,” katanya.

Beliau memberitahu, persiapan penggunaan sistem itu telah disediakan kerajaan sejak 2019 dengan peruntukan lebih RM100 juta.

“Sistem VEP ini telah tersedia sejak 2019, namun ketika itu penggunaannya belum dikuatkuasakan sepenuhnya. Tetapi kita telah umumkan untuk memulakan penguatkuasaan itu pada 1 Oktober ini.

“Setiap hari dianggarkan 18,000 kenderaan Si­ngapura memasuki Malaysia melalui Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), namun hanya 10 hingga 15 peratus yang telah mendaftar VEP,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini