Dua beradik langgan pelacur warga asing diserbu Imigresen

Dua beradik langgan pelacur warga asing diserbu Imigresen

SERBUAN dilakukan Jabatan Imigresen di sebuah hotel bajet di Melaka Raya, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hajat dua beradik untuk melampiaskan nafsu selepas melanggan wanita warga asing yang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks terbantut, selepas hotel bajet disewa mereka di Melaka Raya di sini, diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen, malam tadi.

Individu berusia 30 dan 31 tahun itu mendakwa, mereka melanggan pelacur menerusi aplikasi sembang terkemuka pada harga RM250 setiap seorang sebelum diarahkan ke bilik masing-masing di premis berkenaan.

Dalam serbuan pukul 9.30 malam itu, si abang berkata, semua urusan dilakukan melalui platform itu melalui pesanan teks tanpa berjumpa atau berbual dengan ‘bapa ayam’ terlibat.

“Soal tempahan saya uruskan melalui aplikasi itu, termasuk perkhidmatan untuk adik yang berada di bilik lain di tingkat sama hotel ini.

“Memang saya tidak pernah berbual secara langsung dengan individu yang menawarkan perkhidmatan ini, hanya melalui pesanan mesej. Kemudian diberitahu lokasi, masa dan bayaran.

“Kami baru sahaja sampai pada pukul 9.30 malam, tidak sempat berbuat apa-apa kerana iba-tiba bilik diserbu penguat kuasa,” katanya ketika disoal siasat anggota penguat kuasa.

Kedua-dua mereka yang bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kereta di negeri ini diberikan borang Imm.29 (Saman Kepada Saksi) untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, Pengarah Imigresen Melaka, Anirwan Fauzee Mohd. Aini berkata, serbuan itu dilaksanakan di bawah Op Dandan, Op Kutip dan Op Gegar melibatkan lima lokasi sasaran sekitar Jasin dan Melaka Tengah.

“Sepanjang operasi bermula pukul 3 petang sehingga 2.30 pagi tadi, kita telah menahan 13 warga asing termasuk seorang lelaki Pakistan serta India di sebuah kedai gunting rambut di Jasin, manakala 11 lagi di tiga buah hotel bajet di sekitar Melaka Raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×