Junta lanjut perintah darurat di Myanmar

Junta lanjut perintah darurat di Myanmar

ANGGOTA tentera mengawal lalu lintas semasa protes senyap yang menandakan tahun ketiga pemerintahan junta di Yangon, Myanmar. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Kerajaan tentera Myanmar semalam melanjutkan tempoh darurat selama enam bulan lagi, ketika junta bergelut mengekang pemberontakan bersenjata sekali gus melambatkan pelaksanaan pilihan raya di negara ini.

Stesen penyiar, MRTV melaporkan, kerajaan junta gagal menganjurkan pilihan raya yang dirancang susulan tindakan ganas oleh kumpulan yang menentang rampasan kuasa.

“Semua anggota Majlis Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan sebulat suara bersetuju memanjangkan tempoh darurat selama enam bulan lagi,” lapor MRTV seperti dipetik agensi berita CNA.

Menurut MRTV, lanjutan itu diusulkan Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara, Jeneral Min Aung Hlaing dalam usaha mengadakan persiapan pilihan raya yang adil tahun depan.

Ia juga bertujuan mengadakan bancian dalam kalangan penduduk Myanmar.

Tentera meletakkan negara ini di bawah pemerintahan darurat selama setahun selepas melakukan rampasan kuasa menumbangkan kerajaan awam pimpinan Aung San Suu Kyi pada Februari 2021, yang mencetuskan protes jalanan di seluruh negara.

Sejak itu, junta melanjutkan darurat setiap enam bulan, ketika gerakan protes berubah menjadi pemberontakan bersenjata di seluruh negara.

Perlembangaan 2008 yang didraf oleh tentera menetapkan, kerajaan junta perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh enam bulan selepas darurat ditamatkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×