Lebih ganjaran bersama Enrich  Lebih ganjaran bersama Enrich 

Lebih ganjaran bersama Enrich 

ROMBONGAN Malaysia Airlines bersama media melalui Enrich ke Pulau Pinang dan Langkawi, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines melalui Enrich telah mengadakan trip bersama media ke Pulau Pinang dan Langkawi, baru-baru ini.

Trip memberi peluang kepada media untuk menggunakan kad Visa Prabayar EnrichMoney bagi setiap aktiviti pembelian tanpa tunai. Kad Visa Prabayar dilengkapi dengan e-dompet berbilang mata wang.

Program itu pertama kali diadakan bertujuan memperkenalkan beberapa produk, sekali gus memberi pulangan diskaun yang menarik kepada setiap pembeli.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Eksekutif Kesetiaan & Penyelesaian Pengembaraan (MAG), Philip See berkata, ganjaran yang dikumpul apabila menggunakan Enrich pasti memberi lebih penjimatan dengan ahli Enrich akan  menikmati pelbagai kemudahan dan ganjaran lebih tinggi bagi setiap perjalanan percutian mereka.

Tambahnya, ia mengukuhkan kedudukan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan pilihan dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.

“Untuk trip kali ini, kita membawa para media merasai peluang untuk menginap di hotel dengan kerjasama Enrich iaitu G Hotel Pulau Pinang dan membeli belah di Kapten Batik.

“Ahli Enrich diberi peluang untuk membeli barangan secara terus menggunakan Kad VISA Prabayar EnrichMoney yang didatangi dengan e-dompet pelbagai matawang.  

“Dengan setiap pembelian,  pengguna akan menerima ganjaran EnrichMoney Points dan kemudiannya boleh memilih untuk menebus kembali dalam bentuk cashback atau menambah kembali mata ganjaran di dalam e-dompet masing-masing. Pengguna juga boleh memantau transaksi pembelian mereka ” katanya.

Dengan penggunaan kad Enrich, setiap ahli berpeluang merasai manfaat secara eksklusif sepanjang tahun, lebih-lebih lagi mereka yang kerap menggunakan Malaysia Airlines sebagai penerbangan pilihan.

Ahli Enrich juga boleh mendapat mata ganjaran dalam pelbagai urusan melibatkan bank, petrol, perbelanjaan runcit, aktiviti lawatan, sewa kereta, membeli-belah, makan di restoran dan banyak lagi.

Menurut Philip, setakat ini, terdapat  lebih 120 rakan niaga  yang telah bekerjasama dengan Enrich bagi memberi pelbagai manfaat kepada ahlinya.

“Malah, ahli Enrich juga berpeluang untuk mendapatkan diskaun khas bagi pembelian produk dari rakan niaga istimewa yang tertentu, itu yang menariknya,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN