Petunjuk ekonomi utama negara mengukuh

Petunjuk ekonomi utama negara mengukuh seiring perkembangan pasaran buruh

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petunjuk ekonomi utama negara mengukuh seiring perkembangan pasaran buruh dengan anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Awalan Malaysia menunjukkan pengembangan 5.8 peratus pada suku tahun kedua 2024.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, ini berlaku peningkatan daripada 4.2 peratus pada suku tahun sebelumnya yang dipacu oleh sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian. 

“Secara keseluruhan, ekonomi berkembang 5.0 peratus pada separuh tahun pertama 2024, berbanding 4.1 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun 2023,” katanya dalam kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi prestasi petunjuk ekonomi bulanan, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pada Mei 2024 mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 2.4 peratus, menyederhana berbanding 6.1 peratus yang dicatatkan pada April 2024. 

“Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh sektor pembuatan yang meningkat 4.6 peratus berbanding 4.9 peratus pada dan peningkatan 4.2 peratus dalam output elektrik (April 2024: 7.8 peratus),” katanya.

Sementara itu, jelas beliau, sektor perlombongan merosot kepada 6.9 peratus kesan daripada penurunan dua digit dalam pengeluaran gas asli pada negatif 10.3 peratus dan kejatuhan 1.9 peratus dalam pengeluaran minyak mentah dan kondensat. 

“Pada masa yang sama, jualan sektor pembuatan meningkat 5.5 peratus tahun ke tahun kepada RM154.9 bilion pada Mei 2024, berikutan pertumbuhan 5.7 peratus pada bulan sebelumnya. 

“Pertumbuhan ini sebahagian besarnya disokong oleh peningkatan dua digit dalam subsektor peralatan elektrik dan elektronik sebanyak 12.2 peratus), diikuti subsektor produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (8.9 peratus) serta makanan, minuman dan tembakau (7.7 peratus).

Meneliti sektor perdagangan borong dan runcit negara, katanya,  nilai jualan mencapai RM147.9 bilion pada Mei 2024 mencatatkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun didorong oleh semua subsektor.

“Perdagangan runcit bertumbuh 8.7 peratus kepada RM64.0 bilion, perdagangan borong menokok 4.7 peratus kepada RM65.1 bilion dan kenderaan bermotor meningkat 10.5 peratus kepada RM18.8 bilion. 

“Indeks volum bagi sektor perdagangan borong dan runcit meningkat 5.7 peratus tahun ke tahun dengan kenderaan bermotor meningkat 9.6 peratus, perdagangan runcit 6.8 peratus dan perdagangan borong sebanyak 3.4 peratus,” ujarnya.

Selain itu, menilai paras harga, beliau berkata, kadar inflasi Malaysia meningkat kepada 2.0 peratus pada Mei 2024 dengan mata indeks mencapai 132.8 berbanding 130.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. 

“Peningkatan ini didorong terutamanya oleh kos yang tinggi dalam perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain sebanyak 3.2 peratus, diikuti perkhidmatan restoran dan penginapan (3.2 peratus) serta penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.0 peratus). 

“Kadar inflasi kekal pada 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan indeks berada pada 133.0 berbanding 130.4 pada Jun 2023. 

“Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia pada Mei 2024 meningkat 1.4 peratus tahun ke tahun, berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya.

“Sektor perlombongan meningkat 6.6 peratus berbanding 10 peratus pada April dan sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 1.3 peratus (April 2024: 5.4 peratus). 

Sementara itu, beliau menambah, sektor pembuatan bertumbuh 1.0 peratus  berbanding 0.8 peratus pada April, indeks bekalan air melonjak 8.7 peratus, dan indeks bekalan elektrik dan gas meningkat 1.5 peratus. 

“Pada Jun 2024, IHPR meningkat 1.6 peratus,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×