Jangan tuduh projek Pan Borneo punca banjir di Penampang - Ahmad Maslan  Jangan tuduh projek Pan Borneo punca banjir di Penampang - Ahmad Maslan 

Jangan tuduh projek Pan Borneo punca banjir di Penampang – Ahmad Maslan 

AHMAD Maslan semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bencana banjir di Penampang, Sabah pada awal Julai lalu bukan berpunca daripada kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo. 

Dua pemimpin tertinggi Parti Warisan (Warisan) sebelum ini mendakwa pelaksanaan projek itu menjadi punca banjir kilat, yang menjejaskan banyak kawasan di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan. 

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tuduhan itu tidak benar kerana ia disebabkan projek tebatan banjir yang dilaksana sebelum ini belum siap sepenuhnya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada tuduhan yang banjir ketika itu disebabkan Pan Borneo, maka berlaku banjir di Penampang. 

“Sebenarnya, ada empat pakej tebatan banjir di daerah ini, dua projek sudah siap dua lagi prjek tebatan banjir belum. 

“Itu sebab mengapa berlaku banjir baru-baru ini,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini. 

Beliau menjawab soalan Senator Tan Sri Anifah Aman mengenai skop perparitan yang holistik dalam rancangan pembinaan Pan Borneo.  

Pada 9 Julai lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Datuk Darell Leiking semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Belanjawan Tambahan memberi kritikan pedas kepada cara pengendalian Kerajaan Negeri terhadap banjir bermula 30 Jun lalu. 

Beliau membangkitkan persoalan tentang peranan projek infrastruktur Lebuhraya Pan Borneo selain bukti nyata penebangan hutan dan penarahan bukit oleh kontraktor yang memburukkan lagi risiko banjir.

Pada 11 Julai lalu, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, banjir berhampiran projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di Penampang, Putatan dan Inanam dikenal pasti berpunca daripada limpahan sungai atau saliran keluar yang menyebabkan aliran balik air sungai ke longkang.

Katanya, kerja tanah oleh pemilik tanah di luar sempadan kerja projek Lebuhraya Pan Borneo memburukkan lagi situasi banjir memandangkan tiada sistem perparitan sempurna.

Dalam persidangan DUN Sabah pada September 2021, Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong turut mempersoal dakwaan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan sebagai punca banjir kilat. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN