Qunut Nazilah jangan dijadikan alat politik - Anwar

Qunut Nazilah jangan dijadikan alat politik – Anwar

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan pengunjung pada Kenduri Madani Rakyat di Masjid Ar-Rashid, Taman Perpaduan Koperasi di Tambun di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bacaan Qunut Nazilah tidak sepatutnya digunakan sebagai alat politik.

Menurutnya, bacaan doa itu tidak sepatutnya digunakan untuk melaknat kerajaan dan kepimpinan sedia ada meskipun terdapat perbezaan pandangan dalam politik.

“Dia (pembangkang) doa bila tidak setuju hal-hal politik. Doa bukan alat politik, sebab itu mufti-mufti beri pandangan tapi dia cakap kerajaan sekarang tidak setuju doa, dia pusing pula ke lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siapa kata kita tidak setuju baca doa, sebelum majlis, habis majlis dan selepas solat, kita baca doa tetapi bukannya doa melaknat orang, itu fakta yang salah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kenduri Madani Rakyat di Masjid Ar-Rashid, Taman Perpaduan Koperasi di Tambun di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut mempersoalkan pendirian golongan terbabit berhubung tindakan kerajaan dipimpin Perdana Menteri sebelum ini yang membenarkan kapal Israel masuk dan berlabuh di Malaysia.

Tegas beliau, kerajaan pimpinannya sejak 2023 telah mengenakan sekatan ke atas kapal Israel untuk berlabuh atau memuatkan kargo di mana-mana pelabuhan di negara ini.

“Dulu kapal Israel boleh masuk Malaysia, masa zaman kerajaan Perikatan Nasional (PN) pun kapal Israel boleh masuk tapi bila kita ambil alih kerajaan, kita haramkan semua kapal Israel masuk ke negara ini.

“Mereka ini tidak ucap terima kasih pun, maki lagi ada. Kamu bagi kapal Israel masuk tiada doa (Qunut Nazilah). Saya mesti suarakan perkara ini, selalu saya tidak jawab, biar orang lain yang jawab.

“(Pesan) Perdana Menteri jangan jawab, kena cakap yang baik-baik tapi dengan orang-orang Tambun tidak boleh, saya kena cerita,” ujar beliau.

Pada majlis tersebut, Anwar turut meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada Masjid Ar-Rashid untuk tujuan infrastruktur termasuk pembinaan jalan masuk.

Menyentuh mengenai usaha pengimarahan masjid baharu itu, Anwar mengingatkan ahli kariah supaya tidak menjadikan masjid sebagai tempat menanam bibit permusuhan dan fitnah. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN