Paras Tasik Timah Tasoh kritikal

Paras Tasik Timah Tasoh kritikal

SEORANG nelayan, Zakaria Jusoh,66, terpaksa menolak botnya sejauh 200 meter ke tengah tasik sebelum dapat menghidupkan enjin berikutan empangan yang semakin menyusut sehingga paras 27.10 meter di Tasik Timah Tasoh, Padang Besar, Perlis semalam. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Cuaca panas dan kemarau ketika ini menyaksikan bekalan air di empangan Timah Tasoh di sini yang berfungsi sebagai takungan bekalan air domestik dan pengairan pertanian di Perlis terus menyusut sehingga paras bawah 27.10 meter.

Paras di situasi waspada itu direkodkan sehingga 16 Julai dengan penyusutan sudah mula berlaku sejak Jun lalu.

Perkembangan itu menyaksikan bekalan air untuk tujuan pertanian tidak dapat dibekalkan sehinggalah paras empangan kembali berada pada paras melebihi 27.10 meter sekali gus bakal memberi kesan kepada 3,075 hektar kawasan tanaman padi di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Kampung Semadong, Beseri sahaja, kira-kira 70 pesawah di kawasan seluas 86 hektar terjejas berikutan sawah kering kontang dengan keadaan tanah pula merekah. Sumber pengairan pesawah di situ hanya bergantung kepada hujan dan empangan Timah Tasoh

Sebagai rekod, empangan Timah Tasoh yang berkeluasan 20 kilometer persegi itu dapat menampung kapasiti takungan sebanyak 40 juta meter padu dengan kedalaman aras normal pula ialah sekitar 29.1 meter.

Pada ketika ini, bekalan air untuk kegunaan domestik sahaja yang dapat dibekalkan daripada empangan Timah Tasoh manakala bagi kegunaan pengairan untuk aktiviti pertanian tidak dapat dibekalkan.

Berdasarkan kepada prosedur operasi sedia ada, bekalan air untuk aktiviti pertanian akan dihentikan ketika paras air empangan Timah Tasoh berada pada paras 27.10 meter.

Ia merupakan paras minimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri dibawah pengoperasian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri. Ia bagi menjamin bekalan air domestik di negeri ini tidak terganggu yang mana melibatkan hampir satu pertiga daripada keseluruhan penduduk Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan dan Prasarana negeri, Izizam Ibrahim berkata, anggaran bekalan air untuk kegunaan domestik dan pertanian dapat dibekalkan selama dua bulan sahaja sekiranya tiada hujan yang berlaku di empangan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN