PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Lembah Klang sehingga 11 pagi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), ia melibatkan kawasan Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain itu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan dan Alor Gajah di Melaka.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.











