N9Pay tingkat kualiti perkhidmatan kerajaan Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

N9Pay tingkat kualiti perkhidmatan kerajaan Negeri Sembilan

AMINUDDIN Harun mencuba penggunaan N9Pay selepas melancarkan Gerbang Pembayaran Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (N9Pay) di Dataran Nilai, Seremban.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai, kerajaan Negeri Sembilan membangunkan platform pembayaran secara dalam talian yang dikenali sebagai N9Pay.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, N9PAY bertujuan memudahkan orang ramai membuat pembayaran pelbagai perkhidmatan daripada semua jabatan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) badan berkanun negeri, syarikat kerajaan negeri dan juga jabatan kerajaan Persekutuan yang mengutip hasil kerajaan Negeri. 

“Inisiatif ini diambil Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri di bawah strategi memacu ke arah e-Kerajaan yang terkandung di dalam Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan 2027 (PEDNS 2027) dan juga nilai teras Daya Cipta di bawah Pengurusan Kewangan Madani. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“PEDNS 2027 adalah pelan tindakan di peringkat negeri berpandukan kepada Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM). Ia bagi memastikan pelaksanaan RTEDM di peringkat nasional dijalankan dengan sebaiknya di peringkat negeri,” katanya Ketika melancarkan Gerbang Pembayaran Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (N9Pay) di Dataran Nilai, di sini, semalam.

Aminuddin berkata, platform N9Pay yang dibangunkan dalam tempoh setahun enam bulan dan menelan kos lebih RM4 juta itu mempunyai tiga fasa pelaksanaan.

“Fasa satu telah bermula 1 Julai lalu di mana pelaksanaan aplikasi web dengan pembayaran melalui FPX atau DuitNow. 

ADS:D

“Terdapat enam jabatan dan agensi terlibat dan jenis perkhidmatan iaitu Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bagi sewaan rumah harga rendah, Jabatan Mufti Negeri Sembilan bagi pembelian buku dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi zakat dan wakaf. 

“Selain itu, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi cukai taksiran, kompaun dan sewaan serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS),”katanya. 

Bagi fasa kedua pula, katanya, ia akan bermula pada 1 Januari tahun hadapan membabitkan pelaksanaan aplikasi mudah alih dengan tambahan kaedah pembayaran iaitu kad debit atau kredit. 

“Ia akan melibatkan tambahan penyertaan sebanyak sembilan jabatan atau agensi dengan 20 perkhidmatan yang akan terlibat.

 “Sementara itu, bagi fasa 3 tiga yang akan bermula pada 1 Julai tahun hadapan membabitkan pelaksanaan dengan tambahan kaedah pembayaran eWallet dan tambahan penyertaan 35 jabatan dan agensi dengan 40 perkhidmatan yang akan terlibat,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN