Karnival Kompleks Kraf sasar jualan lebih RM20,000 - Utusan Malaysia

Karnival Kompleks Kraf sasar jualan lebih RM20,000

Datuk ‘Ainu Sham Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) menyasarkan hasil jualan Karnival Kompleks Kraf yang berlangsung dua hari mencapai lebih RM20,00.

Ketua Pengarah Kraftangan, Datuk ‘Ainu Sham Ramli berkata, karnival di Kompleks Kraf di sini diadakan bertujuan memperkenal Kompleks Kraf sebagai Pusat Kraf Setempat yang menghimpunkan produk kraf tempatan di seluruh Malaysia.

Katanya, karnival bertemakan ‘Kompleks Kraf Di Hati’ itu menempatkan sebanyak 20 gerai jualan usahawan kraftangan yang berdaftar di bawah Kraftangan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jualan produk utama iaitu buatan batik daripada pelbagai teknik yang diketengahkan dari pelbagai negeri diharapkan mampu menarik tarikan pengunjung bagi menggalakkan lebih banyak pemakaian batik dalam kalangan masyarakat kita.

“Justeru, hasil jualan tersebut juga dapat membantu usahawan kraftangan negara untuk memperkembangkan lagi perusahaan mereka, dan pada masa sama dapat terus memartabatkan hasil buatan kraftangan tempatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut ‘Ainu Sham, karnival yang berlangsung selama dua hari sejak Sabtu menyasarkan seramai 2,000 pengunjung.

ADS:D

Katanya, pengunjung juga boleh menyertai Aktiviti Galakkan Pengunjung seperti kelas anyaman kelarai bakul kertas dan Projek Upcycle Kraf mewarnakan baju yang disediakan secara percuma.

“Dengan menyertai Projek Upcycle Kraf, pengunjung berpeluang membuat batik ikat celup dengan membawa pakaian terpakai sendiri untuk diwarnakan atau dicelup berubah menjadi corak baharu,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin berkunjung ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur boleh menggunakan kemudahan awam dengan menaiki Transit Aliran Massa (MRT) ke stesen MRT Conlay atau menggunakan perkhidmatan Bas Hop On Hop Off.

Katanya penganjuran Karnival Kompleks Kraf seterusnya adalah pada 24 dan 25 Ogos ini, 28 dan 29 September 2024 serta 26 hingga 27 Oktober ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN