Asrama pekerja asing musnah dalam kebakaran

Asrama pekerja asing musnah dalam kebakaran

ANGGOTA bomba menjalankan kerja pemadaman api di sebuah asrama pekerja warga asing di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Sebuah asrama pekerja warga asing yang terletak di Taman Jawi Indah di sini musnah dalam satu kebakaran, pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11.21 pagi itu, rumah tersebut yang berkeluasan 40 x 100 kaki persegi hangus terbakar sebanyak 80 peratus.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, terdahulu, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Ahmad Zaki Sabri bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dan dibantu oleh BBP Sungai Bakap bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut.

“Ketika kejadian, kesemua 20 penghuni telah keluar dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Anggaran peratusan kemusnahan pula adalah sebanyak 80 peratus dan operasi pemadaman turut dibantu pasukan bomba sukarela berhampiran,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Difahamkan, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan ketika ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×