Kualiti demokrasi Malaysia-Indonesia

Kualiti demokrasi Malaysia-Indonesia

KEKALAHAN Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) disebabkan masalah tata kelola dan rasuah sehingga rakyat hilang kepacayaan kepada parti berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Persidangan Antarabangsa Politik Malaysia-Indonesia yang dilaksanakan oleh Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (Mapan) bersama-sama Program Peningkatan Eksekutif Ghazali Shafie (GSEEP), Institut Hal Ehwal Antarabangsa dan Diplomasi Asia (AIIAD), Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Pusat Politik dan Pengurusan Kesihatan USU (UCHPOLM), Universitas Sumatera Utara (USU), Medan, yang berlangsung pada 17 dan 18 Julai lalu di UUM, Kedah melakarkan sejarah penting.

Ia bukan sahaja berhasil mengumpulkan lebih 50 sarjana bidang politik dari lebih 30 institusi politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi berhasil membantu mencungkil akar umbi persoalan kualiti demokrasi dan tata kelola pengurusan kerajaan yang baik (good governance) dalam hubungan praktik demokrasi pengurusan parti politik yang baik dalam kerajaan (good party governance).

Lebih penting lagi ia berjaya menubuhkan sebuah pusat untuk mengkaji dan memantau kualiti demokrasi di Malaysia dan Indonesia, iaitu Pusat Kajian Analisis Politik Jaringan Malaysia Indonesia (CPAMIN).

Kes kemenangan Pakatan Harapan (PH) dan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 serta kekalahan kekuasaan PH serta runtuhnya kekuasaan Orde Baru (1997) di bawah kepemimpinan Golkar di Indonesia misalnya menjadi pertanyaan, mengapa parti politik yang lama berkuasa seperti dalam pakatan BN serta Orde Baru yang disokong Golkar dan tentu gabungan PH yang hanya berumur hampir dua tahun dapat dikalahkan oleh parti atau sekumpulan parti yang baharu dibentuk dan juga kembali kepada penguasa lama?

Persoalan demokrasi jelas mempengaruhi capaian kerajaan sehingga parti dominan kehilangan kekuasaannya dalam pilihan raya. Kenyataan ini boleh dianalisis dari hasil penelitian Kenneth F. Greene (2009) dalam Mengapa Parti Dominan Kalah: Pendemokrasian Mexico dalam Perspektif Perbandingan yang merujuk kes di Mexico menanyakan, mengapa parti dominan tetap berkuasa selama beberapa dekad namun akhirnya kehilangan dominasinya?

Kenneth menunjukkan bahwa parti-parti dominan mengubah sumber daya awam menjadi ‘barang-barang’ pelindung untuk persaingan dalam pemilihan mereka dan hampir memenangkan pilihan raya tanpa menggunakan penipuan atau penindasan yang menghancurkan ‘tulang’.
Parti-parti pembangkang gagal bukan kerana permintaan pengundi yang terhad tetapi kerana ketidakberdayaan sumber daya yang memaksa mereka untuk membentuk parti-parti ‘khas’ yang tidak sejalan dengan purata pengundi.

Hasil penyelidikan dan hujah Kenneth jika kita gunakan dalam menjawab mengapa BN boleh kalah setelah berkuasa lebih dari 50 tahun dan juga Orde Baru, di bawah regim Soeharto ada korelasinya.

Kes Indonesia menunjukkan pada 1996, kroni Suharto mengendalikan 417 perusahaan yang terdaftar dan tidak terdaftar di pasaran saham Indonesia. Bersama-sama, perusahaan-perusahaan ini menyumbang 16.6 peratus dari jumlah kapitalisasi pasaran saham.

Pada 1998, Indonesia sangat terpukul oleh krisis kewangan menemukan bahawa hubungan politik boleh terjejas melalui kekalahan dalam pilihan raya kerana kepercayaan masyarakat sudah tergugat. Ia berpunca daripada kegagalan praktik tata kelola pengurusan kerajaan yang baik parti berkuasa, Golkar.

Kes Malaysia, kekalahan BN sesungguhnya disebabkan kegagalan tata kelola juga. Kegagalan itu merupakan korban malang dari sistem korupsi ‘bisnis seperti biasa’ yang menimbulkan ancaman serius bagi perekonomian negara.

Kenyataan ini merupakan perjalanan sebuah bangsa yang menyaksikan lintasan paling dramatis dari ‘keserakahan’ dan kekuasaan yang menimbulkan kemarahan rakyat.

Ada banyak ketetapan dalam pelaksanaan politik Malaysia di sepertiga terakhir abad terakhir.

Selama lebih dari dua dasawarsa, antara 1981 sehingga Oktober 2003, Perdana Menteri yang sama (Tun Dr. Mahathir Mohamad) tetap berkuasa meskipun ada tentangan keras terhadap pemerintahannya dari dalam dan luar parti, sementara dorongan asas dari dasar awamnya diubah secara perlahan.

Masyarakat saat itu berada dalam masa transisi dan kelas multietnik yang hidup semakin menuntut akauntabiliti yang lebih besar dari ahli politik.

Meskipun tuntutan terus-menerus untuk reformasi sejak pertengahan 1980-an, pilihan raya secara konsisten dilakukan oleh koalisi multiparti yang sama, BN, dengan dua pertiga majoriti di Parlimen bahkan selama resesi ekonomi dan mengikuti perseteruan politik yang melemahkan mengakibatkan munculnya pakatan pembangkang yang kuat (Edmund Terence Gomez, 570).

Pada 2008, pergolakan tidak terduga dalam politik arus perdana terjadi. BN kalah undi popular di Semenanjung Malaysia apabila gagal mempertahankan kerajaannya di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Namun mendapat sokongan di Sabah dan Sarawak. UMNO sangat bergantung pada rakan gabungan, Parti Bumiputera Bersatu (PBB), untuk mempertahankan kekuasaan di peringkat nasional.

Hasil PRU 2008, konflik sangat sengit antara ahli politik (1990) dan krisis mata wang Asia 1997 memberi kesan terhadap kempen reformasi yang terdiri dari pelbagai tingkatan masyarakat berbeza.

 

ORDE Baru di bawah regim Soeharto gagal mempraktik tata kelola pengurusan kerajaan yang baik sehingga menjatuhkan pemimpin yang paling lama berkuasa.

 

KAJIAN
Wawasan yang diambil dari kes Malaysia di bawah BN dan Indonesia (Orde Baru) dapat membantu memperdalam pemahaman kita tentang naik turunnya parti-parti autoritarian dan cabang-cabang politik secara am.

Dalam aspek demokrasi, baik BN, PH dan Orde Baru memainkan peranannya yang cukup signifikan dengan pendekatan dan program yang mereka lakukan.-UTUSAN

DR. Warjio ialah Pensyarah Kanan Bahagian Politik, Universitas Sumatera Utara (USU), Medan, Indonesia dan Perancang Bersama Persidangan Antarabangsa Politik Malaysia-Indonesia 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×