20,000 warga polis dipantau JIPS daripada terlibat salah laku 20,000 warga polis dipantau JIPS daripada terlibat salah laku

20,000 warga polis dipantau JIPS daripada terlibat salah laku

DATUK Seri Azri Ahmad (tengah barisan hadapan ) ketika Sambutan Satu Dekad Penubuhan JIPS di Dewan Threatratte, Bukit Aman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10,000 hingga 20,000 pegawai dan anggota polis dipantau Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) bagi memastikan mereka melaksanakan tugas dengan mematuhi undang-undang, peraturan, arahan dan prosedur operasi standard (SOP).

Kesemua mereka yang dipantau adalah petugas barisan hadapan yang berurusan secara langsung dengan masyarakat.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, pemantauan dilakukan adalah dari semasa ke semasa bagi memastikan mana-mana pegawai yang dikesan melakukan salah laku akan diambil tindakan sewajarnya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, prinsip asasnya, semakin kerap pemeriksaan dibuat, semakin tinggi tahap pencegahan. 

“Untuk rekod, seramai 19,352 polis diperiksa sepanjang tahun lalu. Daripada jumlah itu, seramai 1,396 dikesan melakukan pelbagai salah laku.

“Bagi 5 Januari hingga Jun lalu, seramai 11,221 individu telah diperiksa yang mana seramai 689 dikesan melakukan pelbagai salah lalu.

“Jumlah keseluruhan bagi 2023 mencapai lebih 500,000 warga polis diperiksa. Pemeriksaan pematuhan ini dilaksanakan oleh JIPS kontinjen dan formasi,” kata beliau dalam ucapan sempena Sambutan Satu Dekad Penubuhan JIPS di Dewan Threatratte, Bukit Aman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azri berkata, sebanyak 798 pegawai polis dipercayai terlibat dengan pelbagai kesalahan di antaranya seperti jenayah, perjudian, kesalahan berkaitan dadah dan mengunjungi pusat hiburan tidak wajar telah ditahan.

Kata beliau, tangkapan itu dilakukan Cawangan Risikan dan Operasi JIPS, yang berperanan utama sebagai unit pengesanan dan pengesahan.

“JIPS menerima dan mengendalikan lebih kurang 48,640 aduan dan maklumat.Daripada jumlah itu, sebanyak 30,647 atau 63 peratus adalah kategori aduan.

“18,173 atau 37 peratus pula adalah kategori maklumat. Setiap aduan dan maklumat yang diterima oleh JIPS telah disaring mengikut kategori untuk tindakan,” jelasnya.

Tambah beliau, JIPS turut membuat analisa bagi mengenal pasti bidang dan segmen penugasan yang berisiko khususnya yang berkaitan isu rasuah, salah guna kuasa dan seumpamanya. 

“Statistik aduan turut menjadi antara penanda aras bahawa masyarakat masih meletakkan harapan yang tinggi kepada JIPS sebagai medium yang dipercayai untuk mereka menyalurkan apa juga aduan dan maklumat melibatkan warga polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×