Konsert Divas & Diamond 7 September - Utusan Malaysia

Konsert Divas & Diamond 7 September

SHARIL NIZAM Abdul Rahim (empat dari kiri) bergambar dengan barisan penganjur dan pihak yang terlibat dengan Konsert Divas & Diamond di Hotel Amari, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tourism Johor akan merancakkan pelbagai program promosi ‘Road to Visit Johor 2026’ termasuk penganjuran konsert dalam usaha menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antaranya Konsert ‘Divas & Diamond’ yang membariskan penyanyi tersohor negara seperti Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah dan Joe Flizzow serta bintang Indonesia, Datuk Seri Rossa.

Pengarah Tourism Johor, Shahril Nizam berkata, penganjuran konsert itu bukan sekadar hiburan bagi para pengunjung, malah sebagai ‘tiket’ untuk melawat pusat pelancongan menarik di negeri ini

Pihaknya yakin kehadiran artis ternama dari dalam dan luar negara akan membawa lebih ramai pelancong, khususnya dari Indonesia, Singapura dan Brunei, sekali gus merancakkan sektor pelancongan negeri ini.

“Kita akan menuju Tahun Melawat Johor 2026. Jadi, tahun ini kita telah mulakan promosi itu dan konsert ini antara platform untuk mempromosikan Johor sebagai destinasi pelancongan terkemuka. 

“Ini adalah salah satu program yang kita lihat sebagai ‘impact event’ kerana melibatkan artis antarabangsa yang mempunyai peminat tersendiri yang akan membawa peminat ke Johor.Ini bukan sekadar konsert, malah mereka boleh mengambil peluang ini untuk melawat pusat pelancongan menarik di negeri ini ,” katanya dalam sidang akhbar Konsert ‘Divas & Diamond’ di Hotel Amari, di sini.

Konsert anjuran Mega Eve Sdn. Bhd., itu bakal berlangsung di Stadium Arena Larkin pada  7 September depan dan dijangka  dihadiri kira-kira 6,000 penonton.

Shahril berkata, Tourism Johor juga akan menganjurkan Festival Majestic Johor  Festival’ pada Ogos ini.

Sementara itu, Pengarah Projek, Aman Ali berkata, konsert tersebut akan menjadi platform mempamerkan budaya tempatan di samping mempromosikan pelbagai tempat menarik di Johor.“Orang ramai boleh mendapatkan tiket menerusi www.ticket2u.com.my yang dijual pada harga dari RM288 hingga RM1,288,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN