Sime Darby perbesar kilang pemasangan Porsche di Kedah

Sime Darby perbesar kilang pemasangan Porsche di Kedah

ALBRECHT Reimold (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Porsche Cayenne S E-Hybrid pemasangan tempatan di kilang di Inokom, Kulim, Kedah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Berhad dan Porsche perluasan kemudahan pemasangan Porsche di Inokom, Kedah yang merupakan sebahagian daripada kilang pengeluaran dan pemasangan kenderaan Sime Darby Motor untuk mengukuhkan lagi kerjasama mereka.

Kilang pemasangan yang terletak di Kulim itu diperbesar dan kini seluas 11,000 meter persegi untuk memenuhi peningkatan kapasiti dan menempatkan barisan pengeluaran baharu bagi model keduanya, iaitu kereta ‘plug-in hybrid’ Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupé. 

Model versi baharu itu merupakan kenderaan Porsche pertama yang dipasang di dalam negara untuk dieksport ke pasaran Thailand. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, usaha itu merupakan satu mercu jaya penting untuk memanfaatkan peluang baharu di rantau ASEAN sambil membuktikan keupayaan bakat tempatan  yang berkemahiran tinggi. 

“Kami tetap teguh memenuhi komitmen dengan menawarkan produk konsisten yang memenuhi permintaan daripada pelanggan Porsche yang memperluas pasaran domestik ke Thailand,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu,  Ahli Lembaga Eksekutif Pengeluaran, Porsche AG, Albrecht Reimold berkata,  Porsche telah mencipta sejarah apabila membuka kemudahan pemasangan tempatan di Malaysia pada 2022. 

“Sejak itu, kami telah mencapai pelbagai mercu jaya penting termasuk memasang lebih daripada 2,000 Cayenne dalam negara dalam tempoh hanya dua tahun selepas kemudahan dibuka dan mendapat tempat di hati keluarga di Malaysia. 

“Kini, kami bersiap sedia memenuhi permintaan masa depan dengan menaik taraf dan meluaskan kemudahan di Kulim bagi memastikan model Cayenne sulung yang bakal dieksport ke pasaran serantau memenuhi permintaan dan jangkaan pelanggan.” katanya.

Tambahnya, Porsche Cayenne S E-Hybrid yang dipasang di dalam negara akan dieksport ke Thailand, salah satu daripada pasaran terbesar Porsche di rantau ASEAN bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada peminat jenama ini di sana. 

“Langkah tersebut menandakan pertumbuhan cemerlang dan potensi inovasi yang besar di rantau ini dan menekankan kepentingannya bagi perniagaan global Porsche,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×