Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi dua bulan patah paha - Utusan Malaysia

Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi dua bulan patah paha

SEORANG bayi patah paha kiri disyaki semasa di bawah jagaan seorang pengasuh di Bandar Dato' Onn.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh berusia 36 tahun ditahan kerana disyaki mengasari seorang bayi berusia dua bulan sehingga patah paha ketika dalam jagaannya di Bandar Dato’ Onn, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pengasuh itu ditahan kelmarin dan kini direman selama enam hari bermula semalam.

“Wanita itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kita telah terima laporan daripada ibu bapa kanak-kanak itu berkaitan kejadian ini pada pukul 4.38 petang di Balai Polis Dato’ Onn,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Difahamkan, bapa kepada kanak-kanak itu yang merupakan seorang peniaga mengesan keadaan paha kiri anaknya bengkak dan tidak aktif selepas mengambil mangsa daripada kediaman pengasuhnya pada 15 Julai lalu.

Bapa mangsa kemudian membawa anaknya untuk pemeriksaan doktor sebelum disahkan paha kiri mangsa patah dipercayai berlaku di kediaman pengasuh berkesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×