MSU, UTHM jalin kerjasama perkasa pintar bidang TVET, penyelidikan

MSU, UTHM jalin kerjasama perkasa pintar bidang TVET, penyelidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Management and Science University (MSU) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkasakan bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta penyelidikan.

MSU dalam satu kenyataan memaklumkan, kerjasama pintar awam-swasta itu menyediakan platform dan rangka kerja dalam memperkasakan perkongsian rentas disiplin antara MSU dan UTHM.

“TVET merupakan proses pendidikan dan latihan berfokuskan ke arah pekerjaan selain menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan termasuk pembangunan profesional. Secara tidak langsung, MoU ini membuktikan ia selaras dengan Dasar TVET Negara 2023.

“Ia khususnya dalam bidang akademik, penyelidikan saintifik dan inovasi serta kerjasama industri-akademik membabitkan pertukaran maklumat, latihan pakar, bakat dan pelajar,” katanya.

MoU tersebut ditandatangani oleh Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid dan Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Ir. Dr. Ruzairi Abdul Rahim.

Ia disaksikan oleh Naib Presiden Kanan Hubungan Industri dan Keusahawanan MSU, Profesor Dr. Abdul Jalil Ghazali dan Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UTHM, Naim Maslan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×