Enam warga asing ditahan dalam operasi bersepadu MBPP, Imigresen

Enam warga asing ditahan dalam operasi bersepadu MBPP, Imigresen

SEPASUKAN anggota penguatkuasa MBPP dan Imigresen memeriksa sebuah premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing dalam satu operasi bersepadu di Paya Terubong, George Town, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Enam warga asing ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di dua buah premis makanan dan minuman di Paya Terubong di sini, kelmarin.

Jurucakap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata, selain MBPP, operasi itu turut diadakan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang (JIMPP).

Katanya, operasi yang berdurasi selama sejam itu menumpukan kepada tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing dan premis tidak mematuhi syarat oleh MBPP.

“Pemeriksaan ke atas kedua-dua buah premis medan selera itu dilaksanakan dilaksanakan secara serentak susulan aduan yang diterima daripada orang ramai.

“Dalam operasi ini JIMPP telah menahan enam orang warga asing yang bekerja di dua premis makanan tersebut kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.

“Pada masa yang sama, dua notis kompaun juga telah dikeluarkan kepada pemilik premis-premis makanan tersebut untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, menerusi operasi itu juga, Unit Tred, Industri Estabilisymen Makanan (Utara) Jabatan Pelesenan MBPP turut mengeluarkan sebanyak 11 Notis Tentang Kesalahan (NTK) dengan pelbagai kesalahan terhadap kedua-dua pemilik premis.

“NTK itu dikeluarkan berdasarkan Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPPP 1983 atau UUK 17(1), Undang-Undang Kecil Iklan MPPP 2000 (UUK 5), Undang-Undang Kecil Estabilisymen Makanan MPPP 1991 UUK 3(1) dan Undang-Undang Kecil Estabilisymen Makanan MPPP 1991 UUK 16(1),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN