Ubah persepsi supaya perpustakaan bukan tempat membosankan

Ubah persepsi supaya perpustakaan bukan tempat membosankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Membentuk minat gemar membaca buku dan menarik pengunjung ke perpustakaan merupakan cabaran besar yang perlu dilalui perpustakaan awam pada hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin melihat perpustakaan awam perlu menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak seperti badan korporat, agensi kerajaan, usahawan, komuniti buku dan penggiat seni bagi memberi nilai tambah kepada pengunjung.

Katanya, perkara itu terbukti berkesan setelah kerjasama antara Perpustakaan Awam Johor dengan Petrosains Play Smart sejak 16 tahun yang lalu berjaya menarik jumlah pengunjung yang tinggi serta memenuhi keperluan komuniti.

“Melalui kerjasama ini, Petrosains menubuhkan pusat mini sains di dalam perpustakaan, pelaburan mereka tidak terhenti dengan penyediaan ruang dan peralatan dan program, malah menyediakan kakitangan yang terlatih untuk mengurus operasi di ruang-ruang tersebut.

“Oleh itu, perpustakaan tidak boleh lari daripada mengadakan kerjasama strategik supaya dapat membentuk program-program baharu yang sesuai dengan gaya hidup masyarakat masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia kali Ke-25 di Hotel Sunway Big Box, di sini kelmarin.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim. Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Mohd. Yusof.

Konvensyen tersebut diadakan secara dwi tahunan dan Johor terpilih menjadi tuan rumah sehingga 15 Julai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN