Albertine dihantar pulang selepas pemeriksaan doktor - Utusan Malaysia

Albertine dihantar pulang selepas pemeriksaan doktor

Albertine Leo Jia Hui
Albertine Leo Jia Hui
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kanak-kanak perempuan Albertine Leo Jia Hui,6, yang ditemukan di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor sudah  dihantar pulang ke Johor Bahru selepas menjalani peperiksaan di Hospital Selayang.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, sebaik diselamatkan sepasukan polis awal pagi tadi, mangsa terus dibawa ke hospital.

Selepas menerima rawatan, kanak-kanak berkenaan  dibenarkan pulang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan lanjut terhadap fizikal dan mental kanak-kanak berkenaan dalam keadaan baik,” katanya di sini.

Terdahulu, Jia Hui yang dilaporkan hilang di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri pada Sabtu lalu ditemukan di Batang Kali.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan ketika dihubungi di sini hari ini.

Susulan itu, tiga individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes  Albertine.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, tiga individu warga tempatan itu ditahan di sekitar Gelang Patah, pada  pukul 1.30 tengah hari namun punca mangsa diculik belum diketahui.. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN