Wanita maut dalam kios barangan derma - Utusan Malaysia

Wanita maut dalam kios barangan derma

POLIS memeriksa kios pengumpulan barangan sumbangan itu selepas mayat wanita ditemukan di dalamnya. - AAPIMAGE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRISBANE: Seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kios pengumpulan barangan sumbangan di Gold Coast.

Lapor Daily Mail, mayat wanita itu dijumpai oleh seorang pejalan kaki di belakang Pusat Beli Belah Stockland Burleigh Heads di West Burleigh Road kira-kira pada pukul 7 pagi pada Isnin.

Perkara itu disedari ketika pejalan kaki itu meletakkan pakaian yang ingin didermakan ke dalam kios berkenaan.

Difahamkan, wanita itu meninggal dunia selepas tersangkut di dalam salah satu daripada kios berkenaan, lapor Gold Coast Bulletin.

Seorang jurucakap polis menyifatkan kes kematian wanita itu sebagai kematian mengejut dan akan menyiasat bagaimana dia boleh masuk ke dalam kios tersebut.

Sebuah kenderaan berwarna hijau yang dipercayai milik wanita itu, diletakkan di sebelah kios tersebut, sekali gus menunjukkan dia memandu sendiri ke tempat kejadian sebelum meninggal dunia.

Wanita itu dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an dan pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, pasukan kecemasan berusaha mengeluarkan mayat wanita itu dengan memotong bahagian tepi kios terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×