Thailand tidak senaraikan semula ganja sebagai narkotik

Thailand tidak senaraikan semula ganja sebagai narkotik

ORANG ramai berjalan di hadapan kedai dispensari ganja di kawasan Sukhumvit, Bangkok.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand tidak akan menyenaraikan semula ganja sebagai narkotik dan akan berusaha untuk menggubal undang-undang penggunaannya bagi tujuan perubatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul hari ini, dalam perubahan terkini mengenai pendirian negara terhadap ganja.

Charnvirakul berkata, Perdana Menteri, Srettha Thavinsin juga bersetuju dengan pendekatan tersebut, yang partinya memainkan peranan penting dalam liberalisasi ganja, baru-baru ini.

Sebelum ini, Thailand dilaporkan mengambil langkah untuk mengklasifikasikan semula ganja dan hemp sebagai narkotik selepas jawatankuasa yang ditugaskan mengawal dadah haram bersetuju ia tidak boleh digunakan secara riadah.

Semua ahli jawatankuasa itu bersetuju ganja harus digunakan hanya untuk rawatan perubatan dan meletakkannya kembali dalam senarai narkotik.

Ribuan dispensari ganja dan perniagaan berkaitan lain dibuka di seluruh negara sejak Thailand menjadi negara pertama di Asia yang tidak mengharamkan ganja pada 2022.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN